Jenis-jenis konsonan desis Konsonan desis

Semua konsonan desis adalah dibuat dengan hujung atau bahagian depan lidah (konsonan koronal). Walau bagaimanapun, bentuk lidah, bahagian lidah yang menyentuh bahagian dalam mulut dan tempat yang disentuh dengan lidah memberikan banyak bunyi desis yang dapat dibuat.

Faktor-faktor berikut mempengaruhi betapa nyaring atau rendah, mengikut tertib pic tertinggi ke pic terrendah:

Biasanya, nilai-nilai yang berbeza bagi setiap pembolehubah di atas bergabung untuk menghasilkan bunyi yang lebih nyaring atau lebih rendah. Contohnya, dalam terdapat bahasa Poland konsonan desis beralur gigi-gusian laminal, dan konsonan desis gelungan lelangit subapikal ada dalam bahasa Toda.

Bentuk lidah

Perbezaan utama ialah bentuk lidah. Kebanyakan bunyi desis mempunyai alur di tengahh-tengah lidah yang membantu memfokuskan aliran udara, tetapi selazim mananya ia tidak diketahui. Selain itu, bentuk-bentuk lidah berikut diterangkan, mengikut tertib pic tertinggi ke pic terendah:

  • Lompong (cth [s]): Kelompongan ini membiarkan udara yang banyak dipaksa melalui lubang yang sempit, menghasilkan pancutan udara yang kuat pada gigi. Ini menghasilkan bunyi "siut" yang pic tinggi dan amat nyaring. Bunyi ini bunyi yang paling lazim dan paling stabil dalam banyak bahasa di seluruh dunia. Ia ada dalam bahasa Melayu dan dilambangkan dengan huruf s atau z, seperti dalam semak atau zon.[meragukanbincang]
  • Gusi-lelangit (cth [ɕ]): lidah dibentukkan seperti "V" dan bahagian tengah lidah diangkat tinggi, menghasilkan bunyi yang dipalatalkan.
  • Lelangit-gusi (cth [ʃ]): lidah berbentuk seperti kubah (cembung dan agak dipalatalkan). Bunyi ini dilambangkan dalam bahasa Melayu dengan konsonan-konsonan seperti sy, c, atau j, seperti dalam syukur, cicak, jari.
  • Gelungan (cth [ʂ]): lidah berbentuk mendatar atau mencekung, dan tidak dipalatalkan. Terdapat pelbagai bunyi jenis ini, sesetengahnya mempunyai nama lain (cth "konsonan belakang gusi" atau "apikal-gusi"). Bunyi gelungan yang sebenar adalah yang paling rendah picnya dan perlahan antara semua konsonan desis.

Tiga jenis bunyi lelangit gusi yang terakhir tadi dipanggil bunyi "desauan" kerana bagaimana bunyinya, yang berbeza dengan bunyi-bunyi gusi "desiran". Malah, ada berjenis-jenis bunyi selain bunyi s biasa dalam bahasa Inggeris:

  • Dipalatalkan: Konsonan desis boleh dibuat dengan ataupun tanpa menaikkan badan lidah ke lelangit (pempalatalan). Konsonan gusi palatalan ditranskripsikan, contohnya, sebagai [sʲ] dan ada dalam bahasa Rusia; bunyinya serupa dengan gugusan [sj] dalam perkataan siapa.
  • Lispa: Konsonan desis gusi yang dibuat dengan hujung lidah (apikal) berhampiran dengan bahagian atas gigi berbunyi lebih lembut, bunyi [θ] seperti dalam nama khas Bluetooth. Bunyi ini tidak begitu lazim dalam bahasa-bahasa dunia tetapi terdapat dalam beberapa bahasa orang asli California[8] serta dalam dialek-dialek Sepanyol di barat dan selatan Andalusia (barat daya Sepanyol), kebanyakannya di wilayah Cádiz, Málaga, Seville dan Huelva. Dalam dialek-dialek ini, konsonan desis lispa [s̟] (kadangkala ditulis ⟨s̄⟩ dalam bidang kaji dialek Sepanyol) ialah sebutan yang paling lazim huruf s dan z, serta c sebelum i atau e, menggantikan [s] atau [θ] yang digunakan di semua tempat lain di Sepanyol.[9]

Tanpa menggunakan banyak jargon, konsonan gelungan [ʂ] berbunyi lebih kurang seperti [ʃ] biasa seperti dalam "syampu" digabungkan dengan [ɹ] seperti dalam "ratus"; manakala konsonan gusi lelangit [ɕ] berbunyi lebih kurang seperti [ʃ] seperti dalam "syampu" digabungkan dengan [sj] dalam "siapa".

Daerah artikulasi

Konsonan desis boleh dibuat di mana-mana daerah artikulasi koronal, yakni lidah boleh menyentuh bahagian atas mulut di mana-mana bahagian seperti gigi atas (dental) ke lelangit keras (palatal), dengan artikulasi di antaranya gigi-gusi, gusi dan lelangit gusi.

Titik sentuhan pada lidah

Lidah boleh menyentuh bahagian atas mulut dengan hujung lidah (artikulasi apikal, cth [ʃ̺]); Ia boleh menyentuh bahagian atas mulut dengan belakang sedikit dari hujung lidah, iaitu daun lidah (artikulasi laminal, cth [ʃ̻]); atau dengan bahagian bawah hujung lidah (artikulasi subapikal). Apabila mengartikulasikan bunyi apikal dan subapikal, lidah sentiasa diarah ke atas dan hujung lidah berada di atas gigi, manakala artikulasi laminal, lidah menyentuh belakang gigi bawah, ia boleh diangkatkan atau diturunkan. Perbezaan ini amat penting untuk konsonan-konsonan desis gelungan, kerana ketiga-tiga jenis boleh dibuat dan setiap satu mempunyai bunyi yang tersendiri. Untuk maklumat lanjut tentang varian ini dan kaitannya dengan konsonan desis, lihat rencana tentang konsonan lelangit gusi.

Untuk artikulasi lamina dengan lidah ke bawah, ada pelbagai tempat di mana hujung lidah boleh diletakkan di belakang gigi bawah. Ke belakang sedikit dari gigi bawah adalah kawasan kosong (atau lubang) di permukaan bawahan mulut. Apabila hujung lidah terletak di tempat kosong ini, terdapat ruang lompong di bawah lidah (rongga sublingual), yang menghasilkan bunyi yang agak rendah. Apabila hujung lidah bersandar pada gigi bawah, rongga sublingual tiada, menghasilkan bunyi yang lebih nyaring. Biasanya, cara hujung lidah diposisikan akan mempengaruhi bentuk lidah dan bunyi yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, bunyi desis lelangit-gusi dalam bahasa Kaukasia Barat Laut seperti Ubykh berbeza. Bunyi-bunyi tersebut meletakkan hujung lidah terus pada gigi bawah, menghasilkan bunyi yang kualitinya "berdesir-desau" menurut Catford. Ladefoged dan Maddieson[1] memanggilnya sebagai artikulasi "belakang gusi laminal tertutup", dan mentranskripsikannya (mengikuti Catford) sebagai [ŝ, ẑ], namun ini bukan notasi AFA. Lihat rencana tentang konsonan lelangit gusi untuk maklumat lanjut.

Rujukan

WikiPedia: Konsonan desis https://books.google.com/books?id=gBeFDwAAQBAJ https://books.google.com/books?id=2ivgDwAAQBAJ https://books.google.com/books?id=cq0PEAAAQBAJ https://literarydevices.net/sibilance/ https://theproaudiofiles.com/vocal-sibilance/ http://www.coracoralina.ueg.br/visao_academica/rev... https://web.archive.org/web/20131203010719/http://... http://www.abralin.org/abralin11_cdrom/artigos/Fla... http://www.speech.umaryland.edu/Publications/Jasa9... https://doi.org/10.2307%2F340806